ana huddunnia...

Bicara Agama : Sepuluh Kategori Solat

1.         Seseorang yang telah mengucapkan Dua Kalimah Syahadah dan mengaku Islam tetapi ingkar baginya bahkan langsung tidak pernah mendirikan Solat sepanjang hayat

2.                  Seseorang yang Solah bermusim 2 kali setahun iaitu Hari Raya Syawal dan Hari Raya Kurban itupun kerana mengikut majoriti ramai orang pergi Solat di Masjid.Teramat besar kerugian bagi golongan ini meninggalkan yang fardhu mengamalkan  yang sunat.

3.                  Orang Islam yang Solat kadang-kadang  atau sekali sekala ikut sedap sendiri sekadar mengikut hawa nafsu maka sentiasa kerugian bagi golongan ini.

4.            Seseorang yang mempunyai ilmu lahiriah tanpa ilmu batiniah mengerjakan Solat tapi sayang kosong Solatnya seperti ada jasad tanpa roh.

5.            Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah serta batiniah akan tetapi masih dalam katagori lalai lahir dan batin.

6.            Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah serta batiniah akan tetapi masih dalam katagori khusyuk lahir tapi lalai batin.

7.            Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah serta batiniah khusyuk lahir batin akan tetapi masih  belum berasa nikmat kemanisan beribadah.

8.            Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah dan batiniah  serta khusyuk lahir batin.

9.            Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah dan batiniah serta khusyuk lahir batin malahan dapat merasai nikmat kemanisan beribadah.

10.          Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah dan batiniah serta khusyuk lahir batin malahan dapat merasai nikmat kemanisan beribadah.Dapat merasakan nikmat kehadiran Allah SWT dihadapan dirinya.Maka terbuka hijab dimulai dari takbiratul Ihram hingga selesai memberi salam.Subhanallah....  

 

Bicara Si Kecil Hawa

Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah
manusia...

"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum
hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja."

Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;

"wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh x ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki... menjadi 'izzah' yg plg gah bahkan lebih gah dr egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tp senjata."


Si adik tidak berpuas ati. Lalu dipertikaikan lagi...

"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."

Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.

"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd hambanya? Wahai para lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg
beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pd siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya?
Pada hamba yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pd dirinya. Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitu lah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pd para suami
mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yg suci. Namun... wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa' sama2
mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya wanita yg beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh."

Adik masih x puashati.

"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi
peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??"

Sang bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna. Adus, semakin terasa mendalam kasih sayang pd penghuni jannah ini!

"Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana al-haya nya lebur, imannya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukup menarik... merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi psikologi. Namun adikku... wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu."

Adik garu2 kepala.

"Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah didunia ini? Bagaimana hendak adik kenali mereka???"

Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya sendiri.

"Wahai adikku. Di zaman Rasulullah, diperintahkan wnaita2 yg beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yg bermaruah. Maka demikianla adikku menilai mereka. Tapi perlu juga dilihat pd hatinya... pada akhlaknya...

Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg solehah dan yg toleh. Namun adikku... jgn dikau cemuh wanita yg toleh itu... kerana dlm hati2 mereka, tetap ada satu permata indah... perasaan cinta pd ALLAH... Kerana fitrah cinta pd Rabb itu sentiasa ada dlm jiwa insan. Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan utk kembali pd jalan yg
mereka th hak ALLAH. Cuma kadang2 term solehah itu terasa berat di bahu mereka... Kadang mereka takut pd persepsi wara dan alim.
Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya, wara' itu bermaksud menjaga.

Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara'. Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yg berilmu maka dia adalah alim dlm bidangnya. Persepsi yg salah pd dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada stage yg lebih baik. Kerena begitulah persepsi masyarakat. Sedangkan mereka alpa... ALLAH
tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. bila mana dia menciptakan hawa itu dari rusuk adam... Dia telah mengetahui
apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini... Tapi sayang... golognan HAWA ini kadang2 merendahkan martabat mereka yg ALLAH jadikan penuh kemuliaan...

Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan wanita.

Pandai2lah dikau menilai... antara permata dan debu2 kilauan pasir.

Wahai adikku... Wanita ibarat epal. Epal yg x berkualiti...amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah... Tapi epal yg tak mampu
dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia erendahkan
martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya. Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi... elok sifatnya... sehinggakan tiada siapa yg berani memetiknya. Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja bisa memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tetapi
mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia... asalkan cinta ILAHI mengiringinya...tak semestinya dipetik di taman dunia rite? Tp lebih bermakna bile ALLAH sendiri yg mengarahkan hamba yg disayanginya utk memetik di taman akhirat kelak."


Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yg besar dengan buah2 epalnya yg kemerahan??

Sang bidadari lalu bangkit.
Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pasti kan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini. Wahai adikku sungguh tulus bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamu kanak2 adalah penghuni2 syurga!

Alangkah bertuah dirimu adik... Dan aku? Hanya bidadari berwajah manusia... berhakkah menjadi bidadari syurga? Wallahu'alam...

 

(sebagai renungan wat gadis2 di luar sana...aku jumpa kat dalam leptop jek...)

VaLeNtiNe HAPRAK!!! 

Tanggal 14 Februari adalah tarikh yang menjadi ingatan bagi sesetengah orang. Tarikh inilah yang menjadi "keramat" bagi golongan tertentu dan merupakan hari yang ditunggu-tunggu bagi pasangan kekasih yang sedang dilamun asmara. Mereka akan saling mengutus surat ataupun kad-kad Valentine's Day berserta cendera mata sebagai manifestasi rasa cinta kepada pasangan masing-masing. Tetapi apa yang menyedihkan kita ialah golongan yang merayakan hari tersebut, ada yang terdiri dari kalangan generasi muda Islam. Apabila ditanyakan kepada mereka, kenapa anda menyambut 'Hari Kekasih' ini? Diantara jawapan mereka ialah 'Saya hanya ikut-ikut sahaja', 'Untuk mengeratkan tali persahabatan' & 'suka-suka'.

Kenapakah jawapan ini boleh keluar dari mulut-mulut golongan muda Islam ini? Kerana pemikiran/konsep mereka telah diresapi oleh racun ideologi Kapitalisme yang berasaskan doktrin sekularisma iaitu pemisahan agama dari kehidupan. Bagi golongan muda ini merayakan Valentine's Day dianggap tidak bertentangan dengan aqidah yang mereka pegang. Mereka pada dasarnya telah terpedaya dengan slogan-slogan dari Barat yang disuntikkan ke dalam pemikiran mereka. Di sebabkan kejahilan dan kurangnya berfikir tentang kehidupan bagi mereka, aqidah yang mereka anuti cukup sebagai tiket untuk mereka menjadi muslim tetapi tidak pernah menjadikan aqidah ini sebagai asas pandangan hidup mereka. Inilah bahayanya racun sekularisme!

 

Sejarah Valentine's Day

Dalam keghairahan remaja Islam dewasa kini merayakannya, elok sekali kalau kita melihat kembali sejarah silam yang membawa kepada perayaan ini. Pada mulanya orang-orang Romawi merayakan acara untuk memperingati suatu hari besar mereka yang jatuh pada tanggal 15 Februari, mereka menamakannya Lucipercalia. Peringatan ini dirayakan untuk memperingati Juno (Tuhan wanita dan perkahwinan), serta Pan (Tuhan dari alam ini) seperti apa yang mereka percayai. Acara ini berisi pesta antara muda-mudi, lelaki dan perempuan yang memilih pasangannya masing-masing dengan menulis nama yang dimaksudkan dalam jambangan kemudian diundi. Pasangan masing-masing saling tukar-menukar hadiah sebagai manifestasi cinta mereka. Acara ini diteruskan dengan berbagai macam pesta dan huru-hara bersama pasangan masing-masing sampai ke pagi.

Setelah penyebaran agama Kristian, para pemuka gereja cuba memberikan pengertian ajaran Kristian terhadap perayaan para pemuja berhala itu. Pada tahun 496 Masehi, Paus Gelasius (Pope Gelasius) mengganti peringatan Lupercalia itu menjadi Saint Valentine's Day, iaitu hari kasih sayang untuk orang-orang suci dengan memindahkan harinya pada tanggal 14 Februari sebagai penghormatan bagi seorang pendeta Kristian yang dihukum mati pada tanggal tersebut. Sehingga sekarang acara tersebut terus diperingati. Dalam sejarah perayaan Valentine, para sejarawan tidak setuju dengan adanya usaha untuk menghubungkan hal itu dengan St Valentine yang hidup di Rom pada zaman pemerintahan Kaisar Caludius II (268-270). St Valentine ini ditangkap oleh orang-orang Rom dan dimasukkan ke dalam penjara, kerana dituduh membantu salah satu pihak untuk memusuhi dan memburu orang Kristian. St Valentine ini kononnya berhasil mengubati puteri penjaga penjara yang buta. Akhirnya pada tahun 270 orang Rom memenggal kepalanya di Palatine (bukit Palatine) dekat Altar Juno.

Dalam kaitannya dengan acara Valentine Day, banyak orang mengaitkan St Valentine yang lain. Dia adalah seorang bishop di Terni, satu tempat kira-kira 60 batu dari Rom. Dia juga diburu kerana memasukkan sebuah keluarga Rom ke dalam agama Kristian. Kemudian ia dipancung di Roma sekitar tahun 273 Masehi.

 

Sikap Seorang Muslim terhadap Valentine's Day

Bagi seorang Muslim, segala perbuatannya telah mempunyai hukum dan wajib baginya untuk mengetahui hukum satu perbuatan sebelum perbuatan tersebut dilaksanakannya. Sebagaimana satu kaedah syara' (kaedah Fiqh) yang menyatakan Asal (pokok/dasar) sesuatu perbuatan adalah terikat dengan hukum-hakam Syara'

Begitu pula untuk 'berkasih-sayang' versi 'Valentine'an ini, haruslah diketahui terlebih dahulu hukumnya, lalu diputuskan apakah akan dilaksanakan atau ditinggalkan. Dengan melihat dan memahami asal-usul serta realiti pelaksanaan Valentine's Day, sebenarnya perayaan ini tidak ada sangkut pautnya sedikitpun dengan corak hidup seorang Muslim. Tradisi tanpa dasar ini lahir dan berkembang dari segolongan manusia (kaum/bangsa) yang hidup dengan corak yang sangat jauh berbeza dengan corak hidup berdasarkan syariat Islam yang agung. Jika kita fahami nas-nas syara' dengan lebih mendalam, akan kita dapati aturan yang tegas terhadap masalah ini, antara lain firman Allah SWT:

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertangggungjawaban” (Qur'an Al-Isra' : 36)

Juga firman Allah SWT;

“Sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mreka setelah datang ilmu kepada kamu (keterangan-keterangan), sesungguhnya kalau demikian termasuk golongan orang-orang yang zalim” (Qur'an Al-Baqarah : 145)

Untuk itu marilah kita meneliti erti semua itu setelah kita mendapatkan pemahaman tentang Valentine Day tersebut. Semoga kita tidak menutup mata dan telinga setelah mengetahui perkara ini. Berdoalah semoga Allah SWT tidak akan menutup mata hati kita, kerana orang yang paling rugi ialah orang yang berusaha menutup pancaindera mereka setelah datangnya ilmu dan keterangan. Dan yang lebih parah lagi jika seandainya mata hati kita telah ditutup oleh hawa nafsu mereka. Perlu difahami bahawa syariat Islam datang dari Allah SWT untuk menerangi umat manusia dari kegelapan, dan ianya tidak boleh disandarkan pada asas manfaat di mana penentuan manfaat atau tidaknya sesuatu adalah bersifat relatif.

 

Kesimpulan

Islam adalah 'cara hidup' yang khusus dan unik dalam kehidupan ini. Ini telah disimpulkan oleh Muhammad Ismail dalam kitabnya Fikrul Islami tentang hakikat ajaran Islam. Menurutnya, sebagai umat yang memiliki peraturan hidup yang unik dan berbeza dengan sistem manapun, sangat memungkinkan kita sebagai pemeluknya untuk berdikari, produktif dan tidak boleh 'menciplak' ajaran umat yang lain. Sabda Rasullullah saw.

“Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka dia termasuk dari golongan mereka” (HR Abu Daud dan Imam Ahmad dari Ibnu Umar).

“Tidak termasuk golongan ku orang-orang yang menyerupai selain golongan umat ku (umat Islam)” (HR Tirmidzi dari Amru bin Syu'aib dari ayahnya dari datuknya).

“Jangan kalian menyerupai orang-orang Yahudi dan Nasrani..” (HR Tirmidzi).

Hadis-hadis di atas menunjukkan larangan meniru-niru gaya hidup suatu kaum yang bertentangan dengan ajaran Islam. Bermula daripada masalah akidah sehinggalah urusan syariat. Dalam masalah hari raya (hari kebesaran) misalnya, Islam melarang kita mengikut atau menghadiri hari raya umat lain. Begitu pula dengan urusan pakaian, potongan rambut dan urusan-urusan lain dalam kehidupan ini tidak boleh dari ajaran agama lain.

Semestinya kita mempunyai cara hidup kita sendiri. Tidak perlulah kita menoleh ke kiri dan memandang ke kanan kerana Islam adalah satu-satunya cara hidup yang komprehensif dan sempurna yang diturunkan/diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk mengatur hubungan manusia dengan tuhannya, hubungan manusia dengan dirinya sendiri dan hubungan manusia dengan sesamanya. Rasulullah SAW menjadi contoh tauladan yang terbaik bagi kehidupan seorang muslim dengan tegas memperingatkan kita agar jangan mengikuti corak hidup kaum/bangsa lain, sebagaimana dalam sabdanya:

“Tidak akan terjadi kiamat sebelum umatku menerima (mengikuti) apa-apa yang dilakukan oleh bangsa-bangsa terdahulu (pada masa silam), selangkah demi selangkah, sehasta demi sehasta. Di kalangan sahabat ada yang bertanya: Ya Rasullah yang dimaksudkan (di sini) seperti bangsa-bangsa Persia dan Romawi? Rasulullah menjawab:Siapa lagi (kalau bukan mereka)?” (Hadis riwayat Bukhari, dari Abu Hurairah).

Imam Ibnu Hajar Atsqalani, menerangkan makna ikut-ikutan dalam hadis ini adalah dalam masalah-masalah aturan kehidupan, baik individu maupun kemasyarakatan. Renungkanlah kenyataan Ibn Khaldun, seorang ahli sosiologi yang terkemuka pernah berkata:

"Yang kalah cenderung mengekori yang menang, dari segi pakaian, kenderaan, bentuk senjata yang dipakai, malah meniru dalam setiap cara hidup mereka, termasuk di sini adalah mengikuti adat-istiadat mereka, bidang seni, seperti seni lukis dan seni pahat (patung berhala), baik di dinding-dinding, pabrik-pabrik atau di rumah-rumah".

Sekiranya kita memahami keadaan umat Islam di saat ini, dan makna kenyataan Ibn Khaldun kita dapati kesesuaiannya. Memang benar umat Islam kini berada dalam posisi yang teramat rendah, yang semua ini disebabkan kita tidak lagi taat dan patuh kepada aturan Allah SWT. Saat ini kita secara membabi -buta meniru apa-apa saja yang diberikan oleh Barat serta aturan-aturan yang batil, hampir dalam semua aspek kehidupan. Yang tersisa dari kaum muslimin saat ini hanyalah dari aspek ibadah ritual semata-mata. Sedangkan aspek-aspek Islam yang lainnya (kehidupan sosial-kemasyarakatan, ekonomi, kebudayaan dan lain-lain) umumnya tidak diterapkan, bahkan tidak dipedulikan dan yang lebih teruknya lagi langsung tidak diketahui oleh umat Islam sendiri.

Wahai kaum muslimin, khususnya generasi muda Islam yang terkeliru dengan permasalahan ini, akan tetapkah kita redha dengan keadaan ini? Tidakkah kita takut atas murka Allah SWT bagi hamba-hambaNya yang tidak mahu melaksanakan semua aturanNya?

Permasalahan ini akan hanya dapat diperbetulkan dengan tertegaknya Khilafah. Di mana sistem yang diterapkan secara keseluruhannya dalam sistem Khilafah akan memastikan individu dan masyarakat Islam akan terus hidup di atas landasan syariat Allah SWT. Umat Islam yang dipayungi oleh Khilafah tidak akan dibiarkan terus-terusan disuntik dengan fahaman-fahaman kufur, ini adalah kerana Khalifah bagi Daulah Islamiah merupakan pemelihara bagi rakyatnya. Hadis Rasullulah saw

“… ketahuilah! Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap akan ditanya tentang kepimpinan mu. Seorang amir yang berkuasa terhadap rakyat akan ditanya tentang kepimpinannya…” (HR Ibnu Umar r.a)

Bangkitlah umat ku kearah mengembalikan semula kehidupan Islam di muka bumi Allah swt ini dengan tariqah yang telahpun ditunjukkan oleh Rasullulah saw kepada kita iaitu dengan menegakkan 'Sistem Khilafah', di mana sistem ini akan memberikan suatu kehidupan yang sebenarnya kepada manusia. Firman Allah swt:

“Hai orang-orang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu memberikan kehidupan kepada kamu” (Qur'an Al-Anfaal: 24)

 

 

ni aku wat sendiri....hekhek

 

 

Sampai bila kita nak terikat dengan dunia? kata-kata manusia? bila pula masanya kita nak terikat pada agama? bukan hanya nak menikah baru ikut agama, itu pun kalau ikutlah... nauzubillah...ana bukan nak sebut tentang sesiapa di sini, cuma bila rasa terpancung tuh....sendiri mau ingatlah....sesungguhnya manusia jauh...jauh dari agama sendiri, sedangkan mengaku islam...hmmm xkan islam pada IC jak kot? hanya tertulis untuk melengkapkan satu dokumen?ish3....jangan kita pula yang macam tu ya...bila kita bicara hal agama, ramai yang berpaling, atau buat donno aja..baginya ada lagi yang lebih penting dari hal macam ni...hmmm apa yang penting sangat tu ya? sampai agama sendiri diketepikan? adeh...parah-parah...

 

bila nak menasihat orang kita kena jadi baik dulu, supaya orang boleh yakin sikit dengan apa kita nak sampaikan tuh…cuma orang sekarang ni sanggup bagi berbagai-bagai alasan untuk jauhkan diri dari amalan mulia...ta'allum (belajar/mengaji) agama...ada-ada saja...ana cuma nak bagi sikit peringatan, kita hidup bukan selamanya...orang mungkin kata, inilah masanya untuk enjoy? (tak gitu?) wawawa....nanti di akhirat mcm mana nak enjoy plak ni? risau betul hati ni...kerana yang berkata demikian itu adalah di kalangan insan yang dikenali dan bukan mudah untuk menegur bila hati sudah sayang...susah tau....sabarlah....makhluk yang bergelar manusia, hamba Allah dan insan..tetap akan kembali pada fitrah ketuhanan. di mana pun berada. bila tiba satu masa tu kita buntu tak tahu nak buat apa,kita ingat sapa? Tuhan kan? hmmm...manusia...satu saat nanti kita pasti terfikir yang kita akan mati...then timbul persoalan kan? apa yang kita bawa? apa yang kita dah buat untuk akhirat? apa kita nak jawab nanti depan Dia? bolehkah kita tipu?

bolehkah minta excuse? and pentingnya....bolehkah kita ni melimpasi satu demi satu halangan di sana untuk sampai ke satu destinasi terakhir manusia (beriman)?

 

mungkin kita tertanya? berimankah aku ya? aku ni dah cukup syaratkah ya? semua manusia itu cukup 'syarat' untuk beriman bilamana dia sudah mengucapkan kalimah toyyibah...hah? apa tuh kalimah toyyibah? (janganlah otak kita parah sampai kalimah ini pun tak tahu kan?) Laa ilahaillallah muhammadan abduhu warasuluh... itulah...orang sabah bilang, itu laitu....(hehe) dan nak jadi insan yang beriman bukan mudah kerana kita mesti patuh segalanya...kenapa kita boleh patuh arahan manusia tapi arahan yang mencipta kita, kita wat derk aja..tak adillah wei...sebab ianya juga dikira melanggar tabi'i..kerana kita merampas hak pencipta sewenangnya...

 

sering dikempen majlis2 agama...usrah halaqah...tujuannya di masa ini untuk apa?memang niat untuk ta'allum...tapi terkadang niat kita tuh salah parking gak, sampai yang jadinya kerana riak bukan ikhlas dari hati...nauzubillah...ya berkata tentang hal ini, manusia sering di dorong oleh manusia untuk beribadah...memang itulah yang terjadi masa ini, tidak salah untuk satu permulaan baik untuk berubah kepada yang lebih positif...tapi jangan hanya kerana manusia...sedangkan Rasulullah pernah bersabda...Innamal a'malu binniat...(hanyasanya sesuatu amalan itu dengan niat)...riwayat bukhari. biarlah kita istiqomah dalam sesuatu perbuatan, jangan hanya kerana kita nampak kawan buat, baru kita pikir nak buat jugak...kan ke pelik? bukan ana kata tak boleh nak jadikan manusia sebagai pemangkin, kerana ana jadikan pemangkin untuk jihad dalam hidup ini pun adalah Rasulullah sendiri...tapi kita harus ingat, setinggi mana pun kita sanjung seseorang itu, kita tak boleh (haram) menganggapnya sebagai punca segalanya terjadi...kerana ada yang cipta dia seperti mana kita diciptakan...Allah...Tuhan yang satu...esa, tiada sekutu or pembantu...hanya mengutuskan manusia untuk sampaikan agamaNya...

 

kita ceramah panjang2 pun manusia tetap turn a very-very deaf ear...sampai ulamak bosan nak tarbiyah orang (tak berminat), jauhkan diri and hanya berdoa... itu jugak silap...sedangkan Rasulullah pernah ditendang kuar dari khemah orang Quraisy hanya kerana Baginda mengajak kepada Allah, takkan kita plak nak putus asa hanya dengan dugaan sekecil ini? jangan...jangan biarkan kita jauhkan agama dari hati...kerana nanti tiada yang bisa tolong selain agama ini....

 

‘ilm

ana dapat sesuatu yang best time masuk wad (bukan sakit, tapi praktikal)..memang kenangan yang tak dapat ana nak lupakan..ada manisnya ada juga pahitnya. Ana suka usik-usik doktor dan staff nurses bila mereka rileks jek tak buat apa..huhu agak kejam di situ, tapi memang jadi hobi sebab kami tiada kerja pun masuk wad ni..dok rilek jek..huuu

pendapatan ana bukan dalam RM-Ringgit Malaysia, tapi dalam bentuk ilmu yang ana takkan lupa sampai bila-bila. Memandangkan kami ni sehijau daun jagung yang baru nak tumbuh, maka kami dapat tanya banyak benda dan buat-buat blurr..(walhal memang blurr pun, tak tau apa-apa..tau teori jek lah..)

tiba masa doktor wat I & D..wah..excited macam nak lompat-lompat jek..wee okay, apa itu I & D??? proses ini hanya di buat when diabetic patient punya luka ada pus (nanah) yang bertakungan dengan banyaknya..hmm adakah ia menggelikan? Tidak, malah buat kita rasa bertuah, sebab ia tak jadi pada kita dan rasa bersimpati pada insan yang terkena DM=diabetes mellitus.. I & D atau nama panjanganya Incision and Drainage. Apa kepentingan small surgery nih? Untuk buang pus lah..hehe doktor yang buat proses nih dikenali sebagai Dr. Fadhil yang sangat baik. Banyak mengajar apa yang dia rasa nak ajar jek,lau ye takda mood ye cakap jek “karang korang taulah tu bila dah belaja”..

mula-mula masukkan keju 2kg..hekhek..takdalah..gini proses bermula dengan memberi salam pada pesakit, kuang3..sebab kata doktor tu kena hormat ye baik2, senang kita nak wat keja nanti.

First, kena cuci luka guna cecair Iodine, Alcohol dan air suling. Pastu wat LA, local anesthesia around the wound supaya patient tak teriak nanti..LA menggunakan Lignocaine HCL (sejenis ubat bius), mesti kena pada saraf yang berdekatan baru berkesan, jangan suntik dalam2 sebab yang kebas kat bahagian dalam plak nanti buka bahagian wound tuh..then, toreh bahagian luka yang ada banyak pus tuh, pastu tekan bahagian sekeliling supaya pus kuar. Tapi jangan dikelirukan oleh fat sebab ye pun warna kuning gak..mesti pandai beza ar..sebab biasanya luka patient DM ni jadi kat bahagian kaki, tempat yang senang nak berlaku oedema (pembengkakan pada anggota badan akibat takungan lebihan cecair dalam badan) tapi ini bukan cecair badan tapi nanah yang ada sel mati dan bacteria hidup dan mati, so consider as dangerous. Buang semua pus yang ditemui dan try to recognize wound besar mana, dah infect sampai mana. Senang nak bagi drugs n wat report on patient chart. When pus dah habis, baru cuci lagi luka. If ada pendarahan berlaku, guna cecair Hydrogen Peroxide untuk stop bleeding. pastu doktor tu sumbat luka pakai gauze (kain kecil yang panjang) bersalut iodine supaya infection stop. Tak merebak..tapi tengok jugak if pus masih ada, takleh nak kata apa pun..last, balut luka. Nih nursing skills needed, sebab kami tak tau sepatah haram pun pasal bandaging and dressing (untuk sem1 lah..) best gak tengok doktor tuh wat, macam nak join wat sekali…hehe

Adakah ini membosankan? No! selain membantu patient kurangkan risiko luka merebak, kita dapat pengajaran yang besar, jaga kesihatan semahu-mahunya. DM ni tak kira umur dan pangkat kekayaan..when paras glucose dah over than normal, then tolong jangan luka. if tak, anggota tertentu kena buang…nauzubillah…so simple, jangan makan gula banyak sangat..sayangilah kesihatan yang Allah bagi percuma nih..insya Allah..

 

Make a Free Website with Yola.