ana huddunnia

(dalam bas kolej nih...huhu)

 

hati ini dalam resah

keresahan yang aku juga dilanda kebingungan

 

wahai gadis yang sering leka (aku)

Allah beri engkau banyak kelebihan

engkau punya kesedaran berbanding mereka yang lupa

engkau punya anggota yang lengkap, tiada kecacatan yang menghalang

engkau diberi nikmat berkata-kata, berbicara soal kehidupan

engkau punya mata yang bisa melihat dunia dan keindahannya, dan membeza batil minal ihsan

engkau juga memilki paras yang indah

 

tapi kenapa kau selalu mungkir?

hatimu kau semai dengan apa wahai insan

jiwamu sentiasa menangis mengatakan benci pada maksiat

tapi kau juga sering lupa pada janjimu

janjimu dalam taubat, dalam mentabligh

munafiq!

kau (aku) ini munafiq!

engkau sentiasa lalai dan berikan alasan!

 

Allah telah beri kau kemudahan dan jalan

Allah muliakan dirimu dengan ilmu pinjamanNya

namun kenapa kau riak (na’uzubillah)?

kau lupa akan akhirat?

titian sirat yang bakal kau tempuh sendiri

di hisab dengan penuh adil bagi amal dan kejahatanmu (aku)

sedangkan kau hanya mampu melihat saudaramu hanyut dalam kancah, kancah-kancah yang sukar untuk diterjemahkan

dalam erti kata lain kau subahat

atas nama sahabat, tapi kenapa lupa akan tanggungjawab?

kelak kau juga bakal disoal,

‘ma Robbuka?’

 

sedarlah ya ukhti (aku)

kau masih punya peluang yang diberi oleh Khaliqmu

jalankanlah kerja yang wajib bagimu, sampaikanlah bayan dan targhib, tentang keagungan Allah Azza wa Jalla

 

ya Allah ampunkan aku ini

aku ini jahil lagi dhaif, dalam kehinaan yang paling rendah di sisiMu

kekalkan hamba dalam keimanan padaMu, matikan jua aku dalam keimanan padaMu

 

 

KaU

Kata-kata kau buat aku sedih

Tersentuh di hati

Menusuk ke jiwa ini

Hingga terkadang bait-baitmu itu buat aku menangis

Mengenangkan diri yang masih dalam kejahilan

Sedangkan kau sudah di depan

Aku masih terkapai dengan seribu kebingungan

Tapi kerana kata-kata itu juga aku sedar

Aku masih lemah lagi

Kini, aku di sini

Membawa diri ke kawasan yang asing bagiku

Satu tempat yang aku tak pernah mimpi nak tinggal pun di sini

Tapi di sinilah aku sekarang

Di sinilah aku bakal menghabiskan masa tiga tahunku

Masa kritikalku menghabiskan zaman-zaman bermain

Zaman remajaku yang bersisa berbaki ini

Aku mesti jadi sematang mungkin

Aku punya dua amanat terbesar dalam hidupku

Untung saja aku bukan isteri orang lagi! (but I want to, insya ALLAH will)

Amanat dari agamaku

Serta amanat dari keluargaku

Aku datang untuk agamaku

Orang sering pertikai akan ia

So,

Mana letaknya hak aku untuk merasa sebahagian kecil nikmat ALLAH?

Kecil pun takpalah

Cuma sejemput pun aku dah syukur

Tapi terimalah cara aku

Hidup aku dalam agamaku

Wahai kau

Andai saja kita punya jodoh untuk ketemu semula

Kau mungkin tidak perasan kehadiranku

Tapi aku nak kau tahu

Kau itu sesuatu yang buat aku semakin rendah

Merasa diri semakin hina di pandangan ALLAH

Kerana aku ini jahil yang dibutakan dunia

Dan kerana kekasaran kau pada aku

Aku mulai tahu apa yang aku mahu

Terima kasih pada kau

Agak kasar juga bahasa ini

Tapi kau tetap kau

Dalam hatiku

Kau adalah kau

Takkan jadi kamu

Mahupun awak…

Just….kau…

Seorang hamba yang sedar akan kekerdilan

Dan telah menyedarkan aku secara tak langsungnya

Terima kasih wahai ‘kau’…

Terima kasih banyak-banyak

baru lepas dari larian untuk anak2 palestina...

 

Make a Free Website with Yola.